Amanah umum calon Ahad ini

Adly ketika berucap pada majlis berkenaan pada Khamis.
Adly ketika berucap pada majlis berkenaan pada Khamis.
A
A
A

JEMPOL - Parti Amanah Negara (Amanah) akan mengumumkan secara rasmi calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Ahad ini.

Naib Presiden Amanah, Adly Zahari berkata, pengumuman itu akan dibuat serentak dengan negeri lain yang akan diadakan di Wisma Amanah.

"Keseluruhan kerusi yang ditandingi oleh Amanah akan di umumkan pada petang 30 Oktober ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pengenalan Calon dan pelancaran jentera PRU15 Amanah Negeri Sembilan di sini pada Khamis.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan Speaker Dewan Undangan Negeri(DUN) Negeri Sembilan, Datuk Zulkefly Mohamad Omar dari Amanah kemungkinan akan bertanding Parlimen Jelebu pada PRU15.

Sementara itu, Ketua Wanita Amanah Negeri Sembilan, Norwani Ahmat pula kemungkinan bertanding di Parlimen Jempol manakala Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir, Pulau Pinang, Muhammad Faiz Fadzil di Parlimen Tampin.

Pengerusi Amanah Negeri Sembilan, Datuk MK Ibrahim Abd Rahman mengesahkan nama mereka telah dicadangkan sebagai calon dalam Mesyuarat Amanah Nasional.

Katanya, bagaimanapun perkara itu hanya akan diumumkan pada majlis pengumuman rasmi yang akan diadakan beberapa hari sebelum penamaan calon.

Artikel Berkaitan: