KL City 'langgar habis' PDRM di Cheras

Romel (kiri) meraikan jaringan KL City ketika berdepan PDRM FC dalam perlawanan pertama pusingan 16 Piala Malaysia di Stadium Kuala Lumpur Cheras, Khamis. - Foto Bernama
Romel (kiri) meraikan jaringan KL City ketika berdepan PDRM FC dalam perlawanan pertama pusingan 16 Piala Malaysia di Stadium Kuala Lumpur Cheras, Khamis. - Foto Bernama
A
A
A

PENYANDANG juara Kuala Lumpur City FC (KL City) melaungkan amaran awal apabila menjadikan PDRM FC mangsa pertama dalam misi mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia musim ini.

Pada perlawanan timbal balik pertama di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras skuad kendalian Bojan Hodak menguasai perlawanan, namun gol finalis Piala AFC itu hanya hadir menerusi jaringan Romel Morales pada minit ke-47.

Bersambung babak kedua, KL City FC mengandakan asakan bagi menyaingi kebangkitan pasukan tuan rumah yang dilihat lebih agresif dalam memburu gol penyamaan.

Hasilnya dua jaringan lagi dihadirkan menerusi Paulo Josue pada minit ke-67, sebelum Morales menambah koleksi gol kedua di minit ke-78 untuk keputusan 3-0 berpihak anak buah Hodak.

Tiga gol tersebut boleh disifatkan sebagai bekalan selesa untuk KL City yang bakal menerima kunjungan The Cops untuk perlawanan timbal balik kedua pusingan 16 minggu depan.

Artikel Berkaitan: