Hans Isaac dilantik Pengerusi Finas

PELAKON, penerbit dan pengarah filem, Datuk Gerald Hans Isaac,48, dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa 8 April, demikian umum Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo.
"Beliau (Hans Isaac) mempunyai pengalaman luas dalam bidang perfileman.
"Beliau telah menerima pelbagai anugerah dalam industri perfileman tempatan,” katanya dalam satu kenyataan berhubung pelantikan itu hari ini.
Hans Isaac merupakan Pengarah Urusan Social 360 Sdn Bhd, sebuah syarikat yang terlibat dalam bidang keselamatan serta insurans dan pernah menjadi anggota Lembaga Penasihat Finas serta anggota lembaga Persatuan Penerbit Filem Malaysia pada 2012.
Gobind berkata pelantikan Hans Isaac berdasarkan peruntukan dalam Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981 bagi menggantikan Datuk Samsuni Mohd Nor yang menjalankan tugas sebagai pemangku Pengerusi Finas selama lebih empat bulan yang lalu.
"Kementerian berharap pengerusi yang baharu ini akan berkhidmat untuk meningkatkan usaha-usaha Finas bagi membangunkan industri ini,” kata Gobind.
Beliau juga berharap anggota lembaga Finas akan memberikan kerjasama yang penuh kepada pengerusi baharu dalam melaksanakan pembaharuan berdasarkan hala tuju kerajaan.
Gobind dalam pada itu mengucapkan terima kasih kepada Samsuni untuk perkhidmatan beliau dalam menjalankan tugasan sebagai pemangku jawatan tersebut. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
- Iklan -Penggambaran filem, drama dalam studio dibenarkan
12 Mei 2021 01:20pmPek NJOI HD terbaharu tawarkan pengalaman tontonan terhebat
05 Mei 2021 10:25amNora perjelas gosip kahwin dengan Annuar Musa
29 April 2021 03:20pmWanita Asia menang Pengarah Filem Terbaik Oscar
26 April 2021 01:55pm[VIDEO] 'Luluh hati saya isteri bersama bayi pergi sekelip mata'
11 Februari 2026 12:28pmTauke nasi kandar pun elak makan roti canai
11 Februari 2026 08:00amKanak-kanak 11 tahun maut, dua adik kritikal dipercayai diberi minum methadone
11 Februari 2026 05:53pm[VIDEO] Amirul Shafiq didakwa bunuh ibu kandung, berdepan hukuman mati
11 Februari 2026 11:25am- Iklan -- Iklan -
