Bayern puas hati catat rekod bersih

Mane (kanan) meledak satu gol ketika membantu Bayern menewaskan Barcelona dalam saingan Liga Juara-Juara pada Rabu. Foto: EPA
Mane (kanan) meledak satu gol ketika membantu Bayern menewaskan Barcelona dalam saingan Liga Juara-Juara pada Rabu. Foto: EPA
A
A
A

JURULATIH Bayern Munich, Julian Nagelsmann berasa puas hati dengan corak permainan yang ditampilkan para pemain ketika mengaibkan Barcelona di laman sendiri dalam kancah Liga Juara-Juara.

Kelab Bundesliga itu memimpin Kumpulan C setelah mencatat kemenangan 3-0 ke atas Barcelona yang sudah tersingkir sebelum sepak mula di Camp Nou.

“Ia aksi yang meyakinkan, kami sabar dan memegang bola dengan baik. Kami tahu Barca akan bermain dengan baik dan menunggu saat yang sesuai dan pertahanan juga tampil cemerlang.

“Ia perlawanan yang sangat cemerlang. Kami sangat efisyen dan bermain dalam perlawanan terbaik,” kata Nagelsmann.

Bekas penyerang Bayern, Robert Lewandowski yang berhijrah ke Camp Nou dari Allianz Arena pertengahan musim ini, sekali lagi kecewa kerana gagal membolosi gawang bekas pasukannya itu.

Bayern membuka tirai jaringan pada minit ke-10 menerusi Sadio Mane di hadapan kira-kira 84,000 penonton.

Pasukan pelawat mengukuhkan kedudukan selepas meraih jaringan kedua menerusi Eric Maxim Choupo-Moting.

Benjamin Pavard menambah derita pasukan lawan untuk gol ketika ketika Bayern mencatat kemenangan keenam berturut-turut mengatasi Barca.

Artikel Berkaitan:

Bayern yang sudah mengesahkan kemaraan ke kelompok 16 pasukan terbaik, turun tanpa penjaga gol yang cedera, Manuel Neuer, pertahanan Lucas Hernandez dan pemain sayap, Leroy Sane, bagaimanapun masih menurunkan himpunan pemain terkuat.

Kelab itu meneraju Kumpulan C dengan rekod bersih untuk mengutip 15 mata, meninggalkan Barca di tangga ketika sekadar mengutip empat mata, manakala Inter menghuni kedudukan kedua dengan 10 mata.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!