‘RIUH BENOR!’ rancakkan industri kreatif di Perak

Sebahagian usahawan kreatif yang disokong oleh Kembara RIUH Keluarga Malaysia di ‘RIUH BENOR!’.
Sebahagian usahawan kreatif yang disokong oleh Kembara RIUH Keluarga Malaysia di ‘RIUH BENOR!’.
A
A
A

‘RIUH BENOR!’ berjaya menarik lebih 20,000 pengunjung selama tempoh acara berlangsung dari 21 hingga 23 Oktober lalu, di Bulatan Sultan Azlan Shah di Ipoh. Ia merupakan edisi kelima program Kembara RIUH Keluarga Malaysia (KRKM) yang bertujuan merancakkan semula landskap industri kreatif.

KRKM diterajui oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) melalui Kumpulan MyCreative bagi memperkasa penggiat seni dan usahawan kreatif di seluruh negara.

Program ini merupakan antara inisiatif kerajaan untuk memulihkan industri kreatif yang terjejas akibat pandemik Covid-19 di mana lebih 70 peratus pekerja industri kreatif mengalami kehilangan punca pendapatan.

Menurut Pengerusi Kumpulan MyCreative, Noor Azmi Mat Said, program Kembara RIUH Keluarga Malaysia telah berjaya mewujudkan seramai 3,238 peluang pekerjaan dan menyokong 2,053 penggiat seni dan usahawan industri kreatif.

Pengunjung berhibur dengan tarian rakyat Bhangra di ‘RIUH BENOR’.
Pengunjung berhibur dengan tarian rakyat Bhangra di ‘RIUH BENOR’.

Ini merupakan perkembangan positif untuk program Kembara RIUH Keluarga Malaysia yang dijangka mewujudkan lebih 7,000 peluang pekerjaan di 14 lokasi serata tanah air serta menyokong lebih 5,000 penggiat dan perniagaan kreatif tempatan.

Cetusan idea Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa, KRKM mencerminkan komitmen kerajaan untuk memartabatkan industri kreatif dalam arus pembangunan negara.

Artikel Berkaitan:

Usaha ini selaras dengan rangka Agenda Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 2030 yang meletakkan kreativiti dan budaya sebagai fokus utama dalam mencapai pembangunan mampan.

Penyumbang ekonomi

Industri kreatif telah dikenal pasti sebagai penyumbang strategik ke arah pembangunan ekonomi dan sosial yang mampan, pada masa sama memelihara warisan budaya dan memupuk kreativiti.

Oleh itu, industri kreatif diiktiraf oleh kerajaan sebagai satu daripada industri strategik yang diberikan tumpuan khusus di bawah Rancangan Malaysia Ke-12. Industri ini disasarkan menyumbang sebanyak RM31.9 bilion kepada KDNK negara menjelang 2025.

Pengunjung menunjuk hasil bengkel daun konkrit daun yang ‘RIUH BENOR’ sediakan.
Pengunjung menunjuk hasil bengkel daun konkrit daun yang ‘RIUH BENOR’ sediakan.

Selaras itu, program KRKM antara usaha penting kerana ia menyediakan platform menggerakkan para penggiat dan usahawan kreatif untuk menjana pendapatan daripada hasil kreatif dan secara tidak langsung menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara.

Program KRKM terbukti berjaya menghimpunkan usahawan kreatif dan penggiat seni tempatan daripada 10 cabang industri kreatif untuk sama-sama membangunkan ekosistem kreatif tempatan di samping memartabatkan hasil kreatif usahawan dan penggiat seni.

10 cabang industri kreatif itu merangkumi muzik, seni persembahan, seni visual, fesyen, sastera, seni tradisional dan kebudayaan, seni kulin

Usahawan menunjukkan kemahiran mereka menghasilkan produk kreatif untuk dijual kepada pengunjung.
Usahawan menunjukkan kemahiran mereka menghasilkan produk kreatif untuk dijual kepada pengunjung.

ari, seni reka, pendidikan kreatif, dan penciptaan kandungan kreatif (termasuk filem, kandungan penyiaran, penstriman dan permainan video).

Terdahulu, program RIUH ini hanya tertumpu di kawasan Lembah Klang. Melalui siri Kembara RIUH Keluarga Malaysia sejak awal tahun 2022, ia telah melebarkan

sayapnya ke Johor, Sabah, Melaka, Kelantan dan kini Perak dengan edisi ‘RIUH BENOR!’.

‘RIUH BENOR!’ menyajikan pelbagai persembahan kebudayaan, muzik dan tarian seperti Bhangra Dhol dan tarian Bharatanatyam, serta pameran seni seperti Wayang Kulit Animatronik dan tayangan filem Yasmin Ahmad oleh Kong Heng Muzium.

Terdapat juga aktiviti komuniti untuk semua peringkat umur, bengkel eko-kreatif dan kedai pop-up menjual pelbagai barangan kreatif, makanan dan minuman. Pengunjung turut menikmati persembahan istimewa artis popular termasuk Jaclyn Victor, TujuLoca, Ning Baizura, Ruffedge, Insomniacks, Meruked dan ramai lagi sepanjang tiga hari acara berlangsung.

Usahawan menunjukkan kemahiran mereka menghasilkan produk kreatif untuk dijual kepada pengunjung.
Usahawan menunjukkan kemahiran mereka menghasilkan produk kreatif untuk dijual kepada pengunjung.

Selaras dengan Program Pembangunan Perak Sejahtera 2030 dan Pelan Perancangan Strategik Majlis Bandaraya Ipoh untuk menjadikan Ipoh sebagai Bandaraya Rendah Karbon, edisi kelima ini telah memberi tumpuan kepada elemen eko-kreatif melalui bengkel dan demonstrasi bagi menekankan nilai kelestarian serta kemampanan kepada para pengunjung.

Kembara RIUH Keluarga Malaysia kini semakin dekat di hati orang ramai. Antara usaha untuk memperkasa industri kreatif tempatan melalui kesedaran awam dan impak sosial, ia berjaya menghubungkan komuniti kreatif dengan pelbagai lapisan masyarakat setempat.

Keseluruhan program ‘RIUH BENOR!’ sepanjang tiga hari itu riuh dengan suasana kebahagiaan, kebersamaan, dan keterangkuman selari dengan Aspirasi Keluarga Malaysia.

Kanak-kanak, remaja, pelajar, pekerja, ibu bapa dan warga emas daripada pelbagai kaum mahu pun budaya berkumpul untuk menyokong industri kreatif di Ipoh, malah bersama-sama meraikan kesenian dan kebudayaan tempatan.

Inisiatif seperti Kembara RIUH Keluarga Malaysia ini memberi peluang kepada orang ramai mengingati serta menghargai nilai kreatif, seni dan budaya yang diketengahkan oleh industri kreatif tempatan.

Keluarga Malaysia dijemput untuk menyertai bagi menyokong penggiat seni dan usahawan industri kreatif tempatan di edisi-edisi KRKM yang akan datang.

Lawati www.riuh.com.my atau @riuhinthecity di Instagram dan Facebook untuk mengetahui lebih lanjut tentang Kembara RIUH Keluarga Malaysia.