Gua Musang dilanda banjir kilat 30 minit

Hujan lebat mengakibatkan jalan di hadapan IPD Gua Musang ditenggelami air selama 30 minit pada Rabu. - Foto ihsan pembaca
Hujan lebat mengakibatkan jalan di hadapan IPD Gua Musang ditenggelami air selama 30 minit pada Rabu. - Foto ihsan pembaca
A
A
A

GUA MUSANG - Hujan lebat dalam tempoh singkat pada Rabu telah mengakibatkan banjir kilat sehingga jalan di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang ditenggelami air selama 30 minit.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, hujan lebat sekitar jam 6 petang hingga 7.30 malam itu turut menyebabkan dua buah kenderaan terperangkap dalam kejadian tersebut.

"Kejadian itu dipercayai berpunca daripada saluran parit tersumbat dan menyebabkan air melimpah ke atas jalan.

"Ia dipercayai disebabkan oleh pembentung dari arah Hospital Gua Musang ke IPD tidak dapat menampung air yang banyak dan berkemungkinan pembetung tersebut tersumbat," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Menurut beliau, kerja-kerja mendalamkan saluran parit telah siap dijalankan oleh pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

Tambahnya, tiada kemalangan jiwa yang berlaku semasa kejadian itu.

Sebelum itu tular di laman sosial mendakwa banjir berlaku di Gua Musang sehingga menimbulkan kegusaran kepada pengguna jalan raya serta orang ramai.

Artikel Berkaitan: