'Sudah dijangka PH akan lari daripada masalah'

Zahida Zarik Khan
Zahida Zarik Khan
A
A
A

SHAH ALAM - Pakatan Harapan (PH) didakwa cuba lari daripada masalah yang diciptakan mereka selepas tidak mahu memberikan ulasan mengenai pendedahan laporan siasatan ke atas dakwaan dalam buku bertajuk 'My Story: Justice In The Wilderness' tulisan bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas.

Ketua Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan berkata, tindakan PH itu memberi gambaran bahawa Thomas seolah-olah tiada kaitan dengan PH.

"Satu dunia tahu Tommy Thomas adalah Peguam Negara Lantikan kerajaan Pakatan Harapan selepas PRU14 lalu.

"Tommy Thomas sudah banyak 'berjasa' sebagai peguam negara, menjayakan agenda bantu bebaskan kawan dan dakwa musuh-musuh politik PH waktu itu.

"Sebelum itu pula dilaporkan Tommy Thomas juga adalah peguam peribadi kepada pemimpin tertinggi DAP," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Pada Selasa, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mempersoalkan langkah berdiam diri PH berhubung perkara itu.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook dalam satu sidang akhbar pada Rabu menegaskan PH tidak perlu menjawab tentang isu tersebut dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat sama ada Thomas benar-benar melanggar undang-undang.

Artikel Berkaitan: