Wanita maut, dua cedera nahas lima kenderaan

Anggota bomba mengeluarkan mangsa tersepit dalam kemalangan melibatkan lima kenderaan di Kilometer 129, Lebuhraya Utara-Selatan, Yong Peng, Batu Pahat pada Rabu.
Anggota bomba mengeluarkan mangsa tersepit dalam kemalangan melibatkan lima kenderaan di Kilometer 129, Lebuhraya Utara-Selatan, Yong Peng, Batu Pahat pada Rabu.
A
A
A

BATU PAHAT - Seorang wanita maut manakala dua lagi cedera selepas terlibat kemalangan melibatkan lima kenderaan dalam kejadian di Kilometer 129, Lebuhraya Utara-Selatan, arah utara, dekat sini pada Rabu.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Yong Peng, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Hafiz Othman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kejadian itu pada jam 5.57 petang.

Susulan itu seramai 13 anggota BBP Yong Peng dan BBP Pagoh dikejarkan ke tempat kejadian dibantu masing-masing sebuah jentera Light Fire Rescue Tender (LFRT) dan jentera Fire Rescue Tender (FRT).

"Kemalangan melibatkan lori kontena Volvo, treler Volvo, kereta Proton Saga, kereta Toyota Vios dan kereta Nissan Almera.

"Mangsa wanita iaitu penumpang dalam Proton Saga, Ang Zi Yan, 28, tersepit manakala pemandunya yang merupakan lelaki dewasa cedera," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, pihak bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit dengan menggunakan peralatan khas sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pembantu pegawai perubatan yang hadir di lokasi kejadian.

Katanya, mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut manakala pemandu lori kontena Volvo, Muhamad Azrul Khamis, 40, turut cedera.

Menurut beliau, dua mangsa yang cedera itu diberikan rawatan awal oleh anggota bomba sebelum dihantar EMRS dan ambulans Kementerian Kesihatan ke hospital berhampiran.

Artikel Berkaitan:

"Sementara mangsa dalam Nisaan Almera, Noor Sulina Mohamadaril, 28, pemandu treler Volvo yang merupakan lelaki dewasa tetapi tidak diketahui identiti dan pemandu Toyota Vios, Mohd Faizul Mohd Salleh, 42, semuanya selamat," katanya.

Tambah beliau, operasi berkenaan tamat pasa jam 8.10 malam.