PN Negeri Sembilan umum calon Ahad ini

Rafiei Mustapha
Rafiei Mustapha
A
A
A

SEREMBAN - Perikatan Nasional (PN) Negeri Sembilan dijangka akan mengumumkan senarai calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Ahad ini.

Timbalan Pengerusi PN Negeri Sembilan, Rafiei Mustapha berkata, pengumuman itu akan dibuat serentak dengan negeri lain seperti diarahkan pucuk pimpinan parti.

Berkenaan pembahagian kerusi Parlimen di Negeri Sembilan, beliau berkata, seperti yang pernah dimaklumkan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) sebelum ini, mereka bersetuju menggunakan formula empat-tiga-satu (4-3-1).

Jelasnya, empat kerusi akan ditandingi (Bersatu), tiga (Pas) dan satu (Gerakan) yang mana ia ditetapkan dengan mengambil kira kekuatan setiap parti.

"Semuanya kita akan umumkan pada 30 Oktober ini. Alhamdulillah PN Negeri Sembilan tiada banyak masalah dari segi pembahagian kerusi.

"Ia atas dasar semangat mahu bekerjasama dan yang penting untuk memastikan kemenangan PN di Negeri Sembilan," katanya.

Beliau yang merupakan Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan berkata, Pas bukan saja menampilkan calon yang bersih dan berketrampilan, tetapi juga mempunyai kelayakan akademik sekurang-kurangnya Ijazah.

Pada masa sama katanya, calon yang ditampilkan juga sememangnya mempunyai penglibatan dalam politik dan bekerja untuk parti.

Artikel Berkaitan:

"Kita tidak mahu calon yang popular semata-mata, tapi tidak terlibat secara aktif dalam parti dan tiga calon ini telah melalui proses tapisan di peringkat majlis tertinggi Pas.

"Yang pastinya, calon kita boleh memberi saingan hebat kepada parti lawan," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!