Terengganu terima tujuh anugerah pelancongan

Industri pelancongan Terengganu mendapat pengiktirafan apabila meraih tujuh anugerah dalam Majlis Anugerah Emas Majlis Perlancongan Malaysia 2022 yang diadakan di Kuching, Sarawak pada Sabtu lalu.
Industri pelancongan Terengganu mendapat pengiktirafan apabila meraih tujuh anugerah dalam Majlis Anugerah Emas Majlis Perlancongan Malaysia 2022 yang diadakan di Kuching, Sarawak pada Sabtu lalu.
A
A
A

KUALA TERENGGANU – Industri pelancongan Terengganu mendapat pengiktirafan apabila meraih tujuh anugerah dalam Majlis Anugerah Emas Majlis Pelancongan Malaysia 2022 yang diadakan di Kuching, Sarawak pada Sabtu lalu.

Exco Pelancongan, Kebudayaan Dan Teknologi Digital Negeri Terengganu, Ariffin Deraman berkata, kejayaan itu membuktikan Terengganu merupakan negeri berpotensi yang menawarkan pengalaman percutian bertaraf antarabangsa dengan tawaran perkhidmatan dan hospitaliti terbaik.

“Sudah tentu ini antara pencapaian terbaik hasil sumbangan pemain industri pelancongan tempatan dalam usaha memartabatkan industri pelancongan negeri yang sangat terkesan berikutan pendemik yang melanda dunia.

“Tahniah saya ucapkan kepada semua pemain industri atas anugerah ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.

Tujuh anugerah yang diterima Terengganu ialah Gold Award New Culture Attraction (Terengganu Cultural Village), Gold Award Eco- State Park (Majlis Pengurusan Taman Negeri), Gold Award Traditional Spa (Warisan Spa) dan Gold Award Kid Edutainment Centre (Pusat Sains & Kreativiti Negeri Terengganu)

Turut diterima, anugerah Gold Award Tourism Development Project (Kenyir Elephant Conservation Village), Gold Award Eco Adventure Tourism (Lata Kolam Air Deru Ecopark) dan Gold Award Tourist Nature Guide.

Anugerah Majlis Pelancongan Malaysia itu dirasmikan Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan I, Datuk Sebastian Ting.

Sebanyak 100 anugerah telah disampaikan kepada pemain industri pelancongan di Malaysia bagi mengiktiraf peranan mereka dalam memperkasakan industri pelancongan negara ini.

Artikel Berkaitan:

Ariffin berkata, usaha dan kerjasama antara kerajaan Negeri bersama para penggiat industri akan diteruskan bagi memastikan kelangsungan industri pelancongan negeri Terengganu.

“Diharapkan anugerah ini dapat memberi inspirasi dan semangat kepada para pemain industri pelancongan untuk terus memberi perkhidmatan terbaik sekaligus melonjakkan lagi imej pelancongan negeri Terengganu,” katanya.