Ronaldo, Manchester United dan Old Trafford

Cristiano Ronaldo Foto: AFP
Cristiano Ronaldo Foto: AFP
A
A
A

GERGASI Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United pulang dari London dengan satu mata apabila mencatatkan keputusan seri 1-1 ketika berdepan Chelsea di Stamford Bridge pada Sabtu selepas menyisihkan penyerang sensasi Cristiano Ronaldo.

Namun The Red Devils kendalian Erik ten Hag membuktikan bahawa karekter dipamerkan para pemain ketika bertarung adalah lebih baik tanpa CR7 tersebut.

Biarpun anak buah Ten Hag memerlukan jaringan masa kecederaan minit ke-94 Casemiro untuk memadam penalti Jorginho minit ke-87’ bagi menyelamatkan satu mata,

Di London, Manchester United mendominasi sebahagian besar permainan dan kelihatan jauh lebih padu tanpa pemain terbaik dunia lima kali itu.

Ronaldo, yang telah diarahkan berlatih bersendirian ten Hag sejak meninggalkan kemenangan 2-0 ke atas Tottenham Hotspur awal, hanya memulakan dua perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini, membelasah Brentford 4-0 dan seri 0-0 dengan Newcastle United.

Dalam kemenangan paling mengagumkan United musim ini menentang Liverpool, Arsenal dan Tottenham, pemain berusia 37 tahun itu hanya bermain selama 36 minit.

Satu-satunya detik penentu yang menonjolkan auranya apabila menjaringkan gol kemenangan ketika menjinakkan Everton 2-1 di Goodison Park selepas ten Hag terpaksa beralih kepadanya setelah Anthony Martial dikeluarkan akibat kecederaan.

Di laman The Toffees juga menjelmakan gol ke-700 beliau dalam bola sepak kelab dan penamat klinikal yang mampu dicapai beberapa rakan sepasukannya.

Artikel Berkaitan:

Detik kecemerlangan Ronaldo, bagaimanapun, semakin jarang berlaku, malah saingan Liga Europa, dia memulakan semua empat perlawanan menentang lawan biasa-biasa seperti Sheriff Tiraspol dan Omonia Nicosia, hanya menjaringkan satu gol - penalti.

Pengendali terdahulu sebelum ten Hag, Ole Gunnar Solskjaer dan Ralf Rangnick tidak mempunyai kuasa untuk meninggalkan Ronaldo daripada pasukan, sebaliknya pengendali Belanda itu telah bersikap berani terhadapnya, menyaksikna United kini mesti memutuskan tindakan yang perlu dilakukan dengan penyerang sensasi mereka tersebut.

Manchester United tidak menerima tawaran serius untuk Ronaldo pada musim panas dan walaupun tawaran boleh tiba pada Januari, cara terbaik untuk memastikan dia meninggalkan Old Trafford adalah membatalkan kontraknya, yang akan menelan belanja kelab kira-kira £10 juta pound, menurut laporan media.

Satu hujah kukuh menentang kehilangan Ronaldo adalah kekurangan pilihan penyerang lain, dengan Martial yang sangat terdedah kepada kecederaan, Marcus Rashford terlepas deretan peluang sejak kebelakangan ini dan pemain yang bergaji besar, Jadon Sancho masih gagal menghadirkan ketajaman sensasi di depan gol.

Namun sekiranya Manchester United mahukan nasihat, The Red Devils boleh melihat kepada cara Arsenal, yang pada Januari mengalami masalah kewangan untuk berpisah dengan bekas kapten Pierre-Emerick Aubameyang selepas pemain Gabon itu melanggar kod disiplin pengendali Mikel Arteta.

Arteta, yang juga menyisih terus Mesut Ozil sebelum kontraknya tamat, telah membimbing Arsenal ke puncak Liga Perdana Inggeris, kini wujud suasana kebersamaan yang ketara di kelab London tersebut.

Manchester United telah menunjukkan bibit-bibit kebangkitan yang sama di bawah ten Hag dan semakin jelas bahawa cara terbaik untuk mencapai potensi The Red Devils adalah dengan berganding bahu di belakang pengendali, bukan penyerang berhias yang sentuhan penyudah semakin berkurangan.

Musim lalu Ronaldo adalah penjaring terbanyak Manchester United dengan 18 daripada 57 gol Liga Perdana Inggeris selepas kembali ke Old Trafford.

Bagaimanapun, The Red Devils juga turut mengalami beberapa siri kekalahan memalukan seperti tewas 0-5 di tempat sendiri kepada Liverpool dan 1-4 kepada Watford sebelum melabuh tirai menduduki tempat keenam Liga Perdana Inggeris.

Namun seperkara yang menarik sebelum pada musim sebelum ketibaan Ronaldo dari kelab Serie A, Juventus, Manchester United mengakhiri cabaran liga dikedudukan kedua dengan menjaringkan 73 gol.