Aliran trafik beberapa lebuh raya utama mulai perlahan

Keadaan trafik perlahan di beberapa lebuh raya utama negara mulai perlahan tengah hari ini. - Foto Twitter LLM.
Keadaan trafik perlahan di beberapa lebuh raya utama negara mulai perlahan tengah hari ini. - Foto Twitter LLM.
A
A
A
KUALA LUMPUR - Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama negara mulai perlahan tengah hari ini berikutan perayaan Hari Deepavali yang disambut pada Isnin.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menerusi maklumat terkini trafik di laman Twitter memaklumkan, ia antaranya melibatkan laluan sebelum masuk ke Plaza Tol Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) arah timur dan dari Senawang ke Port Dickson di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS).

"Dua kejadian kemalangan yang berlaku masing-masing di kilometer (KM) 46.2 KLK arah barat (Lentang-Bukit Tinggi) dan KM 354.6 PLUS arah Selatan (Sungkai-Slim River) turut menyebabkan trafik perlahan," menurut LLM.

Aliran trafik perlahan turut dilaporkan LLM dari Juru Autocity ke Plaza Tol Juru dan di Bangunan Sultan Iskandar arah selatan dari Malaysia ke Singapura.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline 1800-88-0000 dan laman Twitter melalui www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM 1800-88-7752 serta laman Twitter www.twitter.com/llminfotrafik. - Bernama
Artikel Berkaitan: