Dua maut, tiga cedera MPV terbabas rempuh tiang konkrit

Dua mangsa yang duduk di tempat duduk penumpang disahkan maut di lokasi kejadian.
Dua mangsa yang duduk di tempat duduk penumpang disahkan maut di lokasi kejadian.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dua penumpang maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Innova dinaiki mereka terbabas dan merempuh tiang konkrit berhampiran Pasar Raya Eco Cheras, di sini pagi Isnin.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Kuala Lumpur dalam kenyataan pada Isnin berkata, sebuah jentera bersama anggota dari Balai Bomba Cheras dikerahkan ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 6.42 pagi.

"Setibanya jentera bomba di lokasi kejadian pada jam 6.51 pagi mendapati benar berlaku kemalangan jalan raya melibatkan sebuah kenderaan jenis Toyota Innova 2.0 terbabas dan melanggar tiang jalan raya.

"Terdapat lima orang mangsa lelaki dewasa warganegara Malaysia, dua berbangsa Iban dan tiga mangsa tidak dapat dikenal pasti identiti tersepit di lokasi kejadian," menurut kenyataan pada Isnin.

PGO Bomba Kuala Lumpur memaklumkan, kesemua berjaya dibawa keluar pada jam 7.06 pagi dan dua mangsa yang duduk di bahagian penumpang disahkan maut di lokasi kejadian.

Katanya, tiga lagi mangsa berada dalam keadaan separuh sedar dan dibawa ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras di sini untuk rawatan lanjut.

"Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan seterusnya," ujar beliau.

Artikel Berkaitan: