Larang guna telefon pintar semasa mengundi: MCW

Jais
Jais
A
A
A

SHAH ALAM - Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) menyarankan larangan penggunaan telefon pintar di semua tempat mengundi bagi membendung gejala rasuah.

Presidennya, Jais Abdul Karim berkata, individu tidak bertanggungjawab akan menggunakan telefon pintar berkenaan untuk menangkap gambar kertas undi bagi menuntut bayaran daripada parti atau calon yang diundi.

"Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu menguatkuasakan larangan penggunaan telefon pintar.

"Ini kerana, penggunaan telefon pintar akan menjadi alat yang membolehkan rasuah berlaku dan melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Jais berkata, SPR perlu menyediakan notis peringatan berkenaan larangan penggunaan telefon pintar dan menyediakan tempat penyimpanan telefon pintar di setiap pusat mengundi.

"Individu yang membawa telefon pintar ke pusat pengundian perlu meninggalkannya di luar pusat mengundi dan boleh mengambil semula selepas selesai mengundi.

"Lebih baik ialah tinggalkan telefon pintar di rumah," ujar beliau.

Artikel Berkaitan: