Anwar hanya umum dua jawatan TPM, bukan tiga

Anwar Ibrahim.
Anwar Ibrahim.
A
A
A
KUALA LUMPUR - Jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) yang diumumkan oleh Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya dua dan bukannya tiga seperti yang dilaporkan media semalam.

Setiausaha Akhbar kepada Anwar, Tunku Nashrul Tunku Abaidah menjelaskan Presiden PKR itu hanya mengumumkan dua jawatan Timbalan Perdana Menteri iaitu membabitkan seorang dari Semenanjung dan seorang mewakili Sabah atau Sarawak (Borneo).

"Pendirian dan semangat ini konsisten sejak era Pakatan Rakyat sehingga kini.



"Saya memohon jasa baik rakan-rakan media agar dapat memperbetulkan laporan yang telah dikeluarkan,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Semalam, media melaporkan Anwar sebagai berkata PH akan mengekalkan cadangan sebelum ini supaya tiga jawatan TPM diwujudkan jika gabungan itu dipilih menerajui kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), 19 November ini. - Bernama
Artikel Berkaitan: