[VIDEO] 8 remaja direman bantu kes rogol berkumpulan

Suspek-suspek lelaki tiba di Mahkamah Majistret Bachok pada Selasa.
Suspek-suspek lelaki tiba di Mahkamah Majistret Bachok pada Selasa.
A
A
A

BACHOK - Lapan remaja lelaki ditahan reman selama tujuh hari mulai Selasa bagi membantu siasatan membabitkan kes rogol berkumpulan ke atas seorang gadis bawah umur pada Ahad.

Kesemua suspek berusia antara 14 sehingga 18 tahun itu tiba dengan menaiki black maria di pekarangan Mahkamah Majistret di sini pada jam 8.50 pagi.

Perintah reman terhadap mereka dikeluarkan oleh Majistret Mohd Fauzan Mohd Suhairi dan tempoh reman berkuat kuasa bermula Selasa sehingga Isnin ini.

Sementara itu, Ketua Polis Ketua Polis Daerah Bachok, Superintendan Mohamad Ismail Jamaludin berkata, mereka ditahan polis susulan laporan dibuat oleh mangsa perempuan yang berusia 14 tahun 11 bulan pada Ahad.

“Kejadian rogol berkumpulan itu dipercayai berlaku di Tawang.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan kerana rogol berkumpulan,” katanya.

Artikel Berkaitan: