Haaland kembali meledak gol

Haaland menyumbat dua gol ketika membantu City mengalahkan Brighton 3-1 pada Sabtu. -Foto: Agensi.
Haaland menyumbat dua gol ketika membantu City mengalahkan Brighton 3-1 pada Sabtu. -Foto: Agensi.
A
A
A

PENYERANG sensasi, Erling Haaland kembali meledak setelah gagal menyerlah hujung minggu lalu ketika Manchester City tewas kepada Liverpool di Anfield hujung minggu lalu.

Kali ini Brighton jadi mangsa pemain Norway itu apabila menyumbat dua gol ketika membantu The Citizens menang 3-1 di Stadium Etihad.

Jaringan itu melebarkan rekod Haaland kepada 22 gol musim ini.

Satu lagi jaringan dihasilkan Kevin De Bruyne, manakala gol saguhati Brighton hasil sentuhan Leandro Trossard.

"Dia (Haaland) di sini untuk menjaringkan gol. Ia baru permulaan, dia melakukan apa yang dia perlu lakukan," ujar De Bruyne.

Skuad kendalian Pep Guardiola kini hanya satu mata di belakang pendahulu, Arsenal.

Penyerang berusia 22 tahun itu hanya gagal menjaringkan gol buat pertama kali dalam 10 aksi di peringkat kelab minggu lalu, namun menebusnya dengan dua jaringan pada Sabtu.

Haaland membuka tirai jaringan apabila menyudahkan hantaran Ederson untuk meletakkan City di depan pada minit ke-22.

Artikel Berkaitan:

Dia kemudian menyempurnakan sepakan penalti untuk gol kedua dan ke-17 dirinya dalam kempen liga musim ini pada minit ke-43.

Trossard merapatkan jurang untuk Brighton di awal babak kedua tetapi De Bruyne mengesahkan kemenangan buat City menerusi gol minit ke-75.

Brighton masih belum meraih keputusan positif di bawah kendalian bos baharu, Roberto De Zerbi.