Kean Yew tekad bangkit di Paris

Kean Yew. - Foto Agensi
Kean Yew. - Foto Agensi
A
A
A

PEMAIN Singapura, Loh Kean Yew melaung amaran untuk menebus kekecewaan Terbuka Denmark apabila beraksi di Terbuka Perancis selepas ini.

"Hari ini saya melakukan terlalu banyak kesilapan individu, selain tidak cukup tenang dan sabar di gelanggang.

"Saya harap selepas ini akan kembali lebih tenang dan sabar serta cukup cergas menyingkap saingan Terbuka Perancis.

"Kepada para peminat yang sentiasa menyokong, saya ucapkan terima kasih atas dokongan semua," ujar Kean Yew.

Untuk rekod, kejuaraan Terbuka Perancis berstatus Super 750 akan menyingkap tirai bermula 25 hingga 30 Oktober di Stade Pierre de Coubertin, Paris.

Di suku akhir sebelum ini Kean Yew mencipta sensasi di Odense apabila menyingkirkan jagoan nombor satu dunia, Viktor Axelsen, sekali gus mengakhiri rentak kemenangan 39 perlawanan jagoan Denmark berusia 28 tahun tersebut.

Biarpun begitu, kemaraan bintang nombor tujuh dunia berusia 25 itu terhenti di separuh akhir apabila tewas kepada pemain perseorangan negara, Lee Zii Jia, 18-21, 15-21 dalam masa 40 minit di Jyske Bank Arena pada Ahad.