Zii Jia, Yu Qi tentukan juara Terbuka Denmark

Zii Jia
Zii Jia
A
A
A

PEMAIN perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia selangkah mengakhiri kemarau kejuaraan apabila mengesahkan slot perlawanan akhir Terbuka Denmark selepas menewaskan juara dunia tahun lalu, Loh Kean Yew dari Singapura di Odense pada Ahad.

Pada perlawanan separuh akhir di Jyske Bank Arena itu, Zii Jia, yang ketandusan kejuaraan selepas Terbuka Thailand, Mei lalu, pilihan keempat kejohanan tidak berdepan masalah mengatasi cabaran Kean Yew pilihan ketujuh tersebut.

Perlawanan set pertama kedua-dua pemain saling bekejar mata dalam aksi pada akhirnya menyaksikan juara Asia tersebut menang 21-18.

Set kedua, Kean Yew cuba kembali semula dalam permainan, namun Zii Jia yang menewaskan lawan sama di Kejuaraan Berpasukan Asia dan Terbuka Indonesia sebelum ini mematikan langkah lawan dengan kemenangan 21-15 dalam 40 minit.

Sementara itu, Zii Jia mengakui gembira dapat beraksi di pentas perlawanan akhir Terbuka Denmark kali ini.

"Saya berusaha mengawal permainan dengan lebih tenang dan sabar sebaik mungkin sepanjang perlawanan.

"Saya berharap dapat memberikan aksi yang lebih baik dalam perlawanan akhir," kata Zii Jia.

Menanti Zii Jia yang juga pilihan keempat kejohanan di pentas perlawanan akhir ialah wakil China, Shi Yu Qi.

Artikel Berkaitan:

Yu Qi, mara perlawanan akhir selepas menjinakkan pemain Jepun, Kodai Naraola, 21-15, 9-21, 24-22 di separuh akhir dalam masa 77 minit.