Awoniyi aibkan Liverpool di Nottingham

Awoniyi meraikan jaringannya ketika menentang Liverpool dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris di City Ground. - Foto Agensi
.
Awoniyi meraikan jaringannya ketika menentang Liverpool dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris di City Ground. - Foto Agensi .
A
A
A

PRESTASI Liverpool untuk mencabar kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) apatah lagi berada dalam kelompok empat terbaik terus menimbulkan persoalan selepas dijinakkan 0-1 kelab corot Nottingham Forest di The City Ground pada Sabtu.

The Reds kendalian Jurgen Klopp bertandang ke Forest dipacu kemenangan 1-0 ke atas West Ham United di Anfield hasil jaringan Darwin Nunez ternyata kelam-kabut dalam menterjemahkan setiap tindakan penyudah sepanjang perlawanan.

Sebaliknya angkatan para pemain Steve Cooper yang dinspirasi satu mata diraih ketika bertandang ke Brighton & Hove sebelum ini ternyata lebih bernafsu melayan kunjungan lawan.

Anak buah Jurgen Klopp yang tampil ke laman lawan ternyata menguasai rentak perlawanan menyaksikan Virgil van Dijk berpeluang meletakkan pelawat di depan, namun tandukan pemain pertahanan Belanda tersebut tersasar gagal diterjemahkan dalam bentuk jaringan.

Begitu juga percubaan jarak dekat bintang The Reds, Fabio Carvalho berjaya dinafikan persembahan cemerlang Dean Henderson.

Forest juga berpeluang merobek gawang The Reds, namun percubaan kaki kiri Jesse Lingard terus ke dakapan Alisson.

Namun jaringan Taiwo Awoniyi penyerang dari Nigeria yang direkrut dari kelab Bundesliga Jerman, Union Berlin dengan kontrak lima tahun untuk tiga mata pertama sejak 14 Ogos lalu.

Awoniyi yang menyempurnakan hantaran lintang Steve Cook pada percubaan kedua di minit ke-55 sudah cukup memberi mata kesembilan selepas mengharungi 12 perlawanan.

Artikel Berkaitan:

Gol itu juga merupakan detik terindah tonggak berusia 25 tahun itu yang sebelum merupakan pemain Liverpool selama enam tahun sehingga 2021, namun tidak pernah mendapat penampilan pasukan utama berikutan masalah permit kerja.

Bagi Liverpool, kekalahan ketiga selepas 11 perlawanan hadir ketika The Reds berdepan krisis kecederaan serius melibatkan Thiago Alcantara, Luis Diaz, Darwin Nunez, Diogo Jota, Naby Keita, Joel Matip dan Ibrahima Konate.