Agong berkenan rasmi sambutan Hari Alam Sekitar Negara

Al- Sultan Abdullah berkenan menyempurnakan majlis perasmian sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) 2022 peringkat kebangsaan 2022 di Dewan Bandaraya Kuantan pada Sabtu.
Al- Sultan Abdullah berkenan menyempurnakan majlis perasmian sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) 2022 peringkat kebangsaan 2022 di Dewan Bandaraya Kuantan pada Sabtu.
A
A
A

KUANTAN - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah berkenan menyempurnakan majlis perasmian sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) 2022 peringkat kebangsaan pada Sabtu.

Seri Paduka Baginda diiringi Pemangku Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Panglima Raja, Leftenan Kolonel Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Turut hadir, Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man; Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Mohd Shahar Abdullah dan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

HASN disambut pada 21 Oktober setiap tahun mengekalkan tema Alam sekitar, tanggungjawab bersama dan slogan menyantuni Alam Sekitar dan Keluarga Malaysia bertujuan menyeru semua pihak untuk bersama-sama memulihara alam sekitar dan mencegah jenayah alam sekitar.

Sempena HASN, pelbagai acara diadakan termasuk larian gambut sejauh lima kilometer bermula di Dataran Majlis Bandaraya Kuantan.

Selain itu, aktiviti lain dipertandingkan antaranya reka cipta bahan kitar semula, pengumpulan buangan kitar semula seperti minyak masak, kertas, plastik dan sebagainya.

Kempen hindari plastik sekali guna juga diadakan di samping pelancaran buku Islam dan Alam Sekitar dan penyampaian anugerah sekolah lestari anugerah Alam Sekitar (SLAAS) peringkat kebangsaan 2020/2022 serta pertandingan mewarna.

Artikel Berkaitan: