ADUN Bandau sah sertai KDM

Wetrom (kiri) hadir pada program Majlis Makan Malam Solidariti KDM yang turut dihadiri Peter (kanan) di Dewan Hakka, Likas, Kota Kinabalu.
Wetrom (kiri) hadir pada program Majlis Makan Malam Solidariti KDM yang turut dihadiri Peter (kanan) di Dewan Hakka, Likas, Kota Kinabalu.
A
A
A

KOTA KINABALU - Teka teki mengenai hala tuju politik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandau, Datuk Wetrom Bahanda akhirnya terjawab apabila beliau hadir pada Majlis Makan Malam Solidariti Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) yang diadakan di Dewan Hakka, di Likas pada malam Jumaat.

Beliau yang hadir kira-kira jam 7 malam dilihat mengiringi Presiden KDM, Datuk Peter Anthony pada majlis makan malam itu.

Sebelum itu, pengacara majlis berkenaan turut menyebut Wetrom adalah sebagai Timbalan Presiden KDM.

Media sebelum ini melaporkan, Wetrom keluar daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan berhasrat untuk menyertai Parti Warisan, Sabtu lalu.

Perkara itu turut disahkan Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, namun memaklumkan bahawa permohonan Wetrom akan dipertimbangkan tetapi tanpa sebarang tawaran jawatan.

Bagaimanapun, selepas tiga hari tular sekali lagi di media sosial gambar Wetrom yang juga Pembantu Ketua Menteri bersama Peter dan dipercayai beliau telah menyertai KDM.

Sementara itu, Ketua Badan Pimpinan Bersatu Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor turut memaklumkan belum mendapat sebarang perkembangan mengenai status Wetrom.

Beliau sebelum ini didakwa keluar daripada Bersatu kerana ingin menjadi calon di kerusi Parlimen Kota Marudu di mana kerusi itu disandang Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.

Artikel Berkaitan: