[VIDEO] Gerakan guna strategi ‘simpan peluru’

Kah Keong (tiga dari kiri) melaungkan kata-kata semangat ketika Persidangan Pewakilan Parti Gerakan Negeri Kelantan di Kota Bharu pada Jumaat.
Kah Keong (tiga dari kiri) melaungkan kata-kata semangat ketika Persidangan Pewakilan Parti Gerakan Negeri Kelantan di Kota Bharu pada Jumaat.
A
A
A

KOTA BHARU - Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) menggunakan strategi ‘simpan peluru’ pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) iaitu dengan tidak meletakkan calon mereka sewenang-wenangnya sebaliknya mengambil kira kekuatan di peringkat akar umbi.

Setiausaha Agung Gerakan, Mak Kah Keong berkata, pihaknya akan melihat faktor tersebut sebelum memutuskan untuk meletakkan calon di sesuatu kawasan.

“Kalau jentera kami di sana kuat, kami akan bertanding. Kalau tak ada, lebih baik meninjau dan buat pemerhatian sahaja. Tunggu masa sesuai, kami akan bertanding.

“Tidak semestinya di mana DAP atau MCA akan bertanding, kami akan bertanding juga.

“Kita tengok keadaan. Jangan bazirkan peluru, kena ada strategi dan fokus pada tempatnya,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Pewakilan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) negeri Kelantan di sini pada Jumaat.

Sementara itu, Kah Keong berkata, ahli Gerakan di Kelantan tiada masalah untuk mengundi calon Perikatan Nasional (PN) yang menggunakan logo Pas pada PRU15.

“Ahli Gerakan di Kelantan ini sudah biasa hidup secara aman damai dengan Pas.

“Pas dah lama menjadi kerajaan untuk Kelantan. Jadi, bagi mereka tak ada masalah,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Beliau menambah, Gerakan mempunyai 300,000 ahli di seluruh negara termasuk 7,000 di Kelantan.