PH hanya guna satu logo pada PRU15

Anthony Loke ketika menyampaikan ucapan pada Konvensyen Harapan di Pusat Konvensyen Ipoh pada Khamis.
Anthony Loke ketika menyampaikan ucapan pada Konvensyen Harapan di Pusat Konvensyen Ipoh pada Khamis.
A
A
A

IPOH - Hanya logo PH akan digunakan oleh semua parti komponen PH pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, perkara itu sudah pun dipersetujui oleh semua pimpinan untuk memastikan ia diselaraskan.

Menurutnya, keputusan itu membuktikan kesepakatan dalam PH bagi menghadapi PRU15.

"Saya ucap terima kasih kepada semua pimpinan. PRU15 ini kita pakai logo PH. Parti Keadilan Rakyat (PKR) berlapang dada. Pembahagian kerusi juga selesai. Manifesto juga ada persepakatan mengenai dasar-dasar yang dipersetujui.

"Kita tak nak ada tanda keretakan. Kalau kita nak berjaya saya merayu kepada semua mula saat ini kita mesti bersatu padu apa sahaja perbezaan mesti diketepikan," katanya ketika berucap pada Konvensyen Harapan di Pusat Konvensyen Ipoh di sini pada Khamis.

Dalam pada itu, Anthony mendedahkan Ketua Menteri Pulau Pinang berhasrat untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang serentak dengan pembubaran Parlimen.

Katanya, bagaimanapun setelah meneliti permintaan itu, DAP memutuskan untuk tidak membubarkan DUN Pulau Pinang bersama-sama negeri PH yang lain.

"Sampai minggu lepas kita ada ujian. Selepas Parlimen dibubarkan, rakan dari Pulau Pinang buat rayuan untuk dibenarkan bubar DUN. Kita dengar hujah rayuan tersebut.

Artikel Berkaitan:

"Sebagai Setiausa Agung DAP perlu dengar pandangan rakan di Pulau Pinang tetapi saya lebih sayangkan PH. Saya kata, untuk pastikan masuk PRU15 tanpa keraguan, kita ambil pendirian dengan rakan-rakan negeri lain untuk tak bubarkan DUN.

"DAP parti setiakawan. Kita bukan komunis. Orang yang kata DAP komunis itu pun pernah duduk bersama Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang. Kita akan pertahan prinsip dalam Perlembagaan Persekutuan, itu komitmen kita," katanya.