Bangkai helikopter dialih dari lokasi nahas

Jengkaut dan lori pengangkut digunakan untuk membawa keluar bangkai helikopter berkenaan dari kawasan nahas di Hutan Simpan Chikus berhampiran Bidor pada Rabu.
Jengkaut dan lori pengangkut digunakan untuk membawa keluar bangkai helikopter berkenaan dari kawasan nahas di Hutan Simpan Chikus berhampiran Bidor pada Rabu.
A
A
A

IPOH - Bangkai helikopter jenis Eurocopter EC120B yang terhempas dalam kejadian pada 11 September lalu di Hutan Simpan Chikus telah pun dialihkan pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, kerja-kerja pengalihan helikopter berkenaan dilakukan oleh syarikat pengendali pengangkutan udara tersebut iaitu Hammock Helicopter Sdn Bhd pada jam 12 tengah hari.

"Kerja-kerja mengalihkan helikopter dari kawasan nahas itu dilakukan dengan menggunakan jengkaut. Helikopter tersebut kemudian diangkut menggunakan lowloader dari tempat kejadian.

"Kira-kira jam 1 tengah hari, helikopter tersebut telah dibawa keluar dari kawasan nahas untuk diletakkan di hanger syarikat berkenaan di Subang untuk siasatan lanjut oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU)," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Dalam kejadian pada 11 September lalu, seorang juruterbang helikoter, Tsz Kin Richard Chan, 58, warga Hong Kong terkorban selepas kenderaan dipandunya terhempas di Hutan Simpan Chikus berhampiran Bidor.

Operasi mengesan helikopter milik syarikat swasta dijalankan selepas terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC) pada jam 12.16 tengah hari dan dilaporkan hilang di Bidor.

Helikopter itu berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang pada 11.37 pagi untuk penerbangan peribadi dan sepatutnya dijadualkan mendarat di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, Ipoh pada 12.37 tengah hari.

Artikel Berkaitan: