PRU15: STAR sasar lima kerusi Parlimen

Rizal
Rizal
A
A
A

KOTA KINABALU - Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) menyasarkan lima kerusi Parlimen untuk ditandingi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Sabah.

Setiausaha Agungnya, Rizal Johari percaya ia adalah permintaan di peringkat akar umbi di mana STAR sebagai parti tempatan di negeri ini.

"Saya percaya ia satu permintaan yang adil kerana kami adalah parti tempatan Sabah dan suara rakyat khususnya di kawasan pedalaman Sabah," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Dalam kenyataan sama, beliau berkata, STAR sedia bertembung dengan BN berikutan desakan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup yang mahu BN bergerak solo pada PRU15.

Katanya, walaupun Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin memberi jaminan tidak akan ada pertembungan dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) kerana agihan kerusi akan dibuat secara sama rata, namun mereka sentiasa bersedia untuk menghadapi pertembungan.

Sekiranya BN bergerak solo, kami tidak akan rugi apa-apa. Kami hormati apa juga keputusan mereka. Sebagai parti tempatan dalam GRS, kami akan terus berjuang untuk menyokong mana-mana blok yang akan membentuk kerajaan demi kepentingan rakyat Sabah.

“Namun, itu bukan bermakna GRS harus tunduk kepada sesiapa. Presiden kami, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan sentiasa konsisten dalam perjuangan politiknya.

"Mana-mana parti boleh mendakwa mereka parti tempatan dan berjuang mempertahankan hak Sabah demi kepentingan rakyat Sabah. Tetapi kita boleh lihat trek rekod mereka,” katanya.

Artikel Berkaitan: