Masjid Maahad Muhammadi siap dibina

Masjid Maahad Muhammadi Gua Musang ini mampu menampung 1,000 jemaah pada satu-satu masa dengan perbelanjaan pembinaannya disumbangkan oleh orang ramai. Gambar kecil: Mohd Zaki
Masjid Maahad Muhammadi Gua Musang ini mampu menampung 1,000 jemaah pada satu-satu masa dengan perbelanjaan pembinaannya disumbangkan oleh orang ramai. Gambar kecil: Mohd Zaki
A
A
A

GUA MUSANG - Masjid Maahad Muhammadi Gua Musang yang bernilai RM1.6 juta di sini siap dibina dan dijangka dapat menerima 1,000 jemaah selepas dirasmikan pada Khamis lalu.

Pengetua Maahad Muhammadi Gua Musang, Mohd Zaki Mat Zin berkata, pembinaan masjid tersebut melakar sejarah tersendiri yang terhasil daripada ilham beliau sejak bertugas di maahad tersebut bermula 1 Januari 2019.

“Surau lama yang sedia ada terlalu sempit dan tidak mampu menampung jumlah pelajar yang semakin ramai selain struktur bangunan sudah uzur.

“Jadi, idea tercetus. Proses pembinaan Masjid Maahad Muhammadi Gua Musang bermula 15 Mac tahun lalu kini siap untuk menerima 1,000 jemaah pada satu-satu masa,” katanya kepada Sinar Harian di sini pada Selasa.

Masjid tersebut dirasmikan oleh Timbalan Exco Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi Kelantan, Azhar Salleh.

Beliau berkata, pembinaan masjid berkeluasan 836 meter persegi itu menelan perbelanjaan sebanyak RM1.6 juta yang disumbangkan oleh orang ramai termasuk dermawan dari Singapura.

“Masjid ini turut memberi manfaat kepada sekolah bagi mengadakan solat berjemaah dan program-program kerohanian seperti usrah, majlis tilawah al-Quran dan kuliah.

“Setinggi-tinggi penghargaan kepada para dermawan, Tengku Muhammad Fouzy Tengku Mahid Jumat, Dr Zamihan Mat Zin Al-Ghari, kerajaan negeri serta Yayasan Islam Kelantan yang memberi peruntukan sebanyak RM350,000 untuk pembangunan infrastruktur masjid ini,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Sumbangan masih diperlukan untuk pembinaan landskap, sistem perparitan dan pemasangan mozek yang boleh disalurkan ke akaun Masjid Maahad Muhammadi Gua Musang Bank Muamalat 0307 0000 6527 14 atau 0307 0001 0457 13 Tabung Kebajikan Asnaf.

Maklumat lanjut boleh hubungi Mohd Zaki di 011-3540 0500 atau Mat Hussain 019-920 0035.