Liverpool akan bangkit: Mane

Mane menerima Anugerah Socrates bagi menghargai kerja kebajikannya di luar padang. - Foto Agensi.
Mane menerima Anugerah Socrates bagi menghargai kerja kebajikannya di luar padang. - Foto Agensi.
A
A
A

BEKAS pemain Liverpool, Sadio Mane optimis The Reds yang dibimbing Jorgen Klopp akan mempamerkan taring sebenar meskipun bermula hambar dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Mane berkata, pasukan tersebut mungkin bermula agak goyah tetapi bekas kelabnya itu tetap pasukan hebat dan akan bangkit semula.

"Penurunan prestasi boleh berlaku kepada mana-mana pasukan," kata Mane yang kini bersama Bayern Munich kepada Reuters.

Pemain berusia 30 tahun itu memenangi Anugerah Socrates pada Majlis Ballon d'Or 2022 berikutan sumbangannya di luar padang.

Liverpool merangkul kemenangan ketiga dalam aksi domestik Ahad lalu, apabila menang 1-0 di tempat sendiri ke atas Manchester City menerusi jaringan Mo Salah.

Kemenangan itu cukup bermakna susulan aksi bertenaga, sekali gus menyaksikan City yang juga juara bertahan mengalami kekalahan pertama musim ini.

"Mereka bermain dengan pemikiran yang hebat. Ia menunjukkan mereka adalah pasukan hebat. Liverpool tetap sentiasa Liverpool," kata Mane yang juga pemain antarabangsa Senegal.

Liverpool kini menghuni tangga kelapan liga dan ketinggalan 14 mata di belakang pendahulu, Arsenal dan 10 mata di belakang City yang menduduki tempat kedua.

Artikel Berkaitan: