Polis guna Tuk-Tuk perangi jenayah

Kenderaan Tuk-Tuk digunakan oleh pihak polis di daerah Gwent, Wales. - Foto Polis Gwent
Kenderaan Tuk-Tuk digunakan oleh pihak polis di daerah Gwent, Wales. - Foto Polis Gwent
A
A
A

CARDIFF - Polis di Gwent, Wales mengumumkan baru-baru ini sebanyak empat buah kenderaan yamg beroda tiga dan dikenali sebagai Tuk- Tuk digunakan bagi memerangi jenayah di dua buah bandar di daerah itu.

Ia akan digunakan untuk melakukan rondaan bagi memerangi jenayah di bandar Newport dan Abergavenny di Monmouthshire.

Kenderaan itu akan digunakan untuk meronda taman, laluan pejalan kaki dan tempat-tempat lain di bandar-bandar tersebut.

Pihak berkuasa berkenaan tidak menyatakan berapa banyak wang yang dibelanjakan untuk membeli kenderaan tersebut yang mempunyai kelajuan tertinggi kira-kira 55 kilometer sejam itu.

Seorang pegawai kanan Polis Gwent berkata, skim menggunakan Tuk-Tuk itu telah dilancarkan selepas ia mendapat maklum balas sangat positif daripada orang ramai.

Menurut Ketua Inspektor Damian Sowrey, maklum balas adalah sangat positif dengan ibu bapa memberitahu pegawai- pegawai polis bahawa mereka akan berasa lebih selamat mengetahui bahawa terdapat sokongan tuk-tuk untuk golongan muda pada waktu malam.

Kenderaan Tuk-Tuk amat terkenal sebagai pengangkutan awam di India, Thailand dan Filipina. - Agensi

Artikel Berkaitan: