Lima jentera Parlimen BN di Selangor sudah dilancar

Noh bergambar bersama kepimpinan bahagian dan perwakilan pada Majlis Pelancaran Jentera BN Parlimen Kuala Selangor di Dewan UMNO Bahagian Kuala Selangor di sini pada Ahad.
Noh bergambar bersama kepimpinan bahagian dan perwakilan pada Majlis Pelancaran Jentera BN Parlimen Kuala Selangor di Dewan UMNO Bahagian Kuala Selangor di sini pada Ahad.
A
A
A

KUALA SELANGOR - Sebanyak lima daripada 22 Parlimen di Selangor sudah melancarkan jentera BN bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pengerusi BN Selangor, Tan Sri Noh Omar berkata, semua 22 Parlimen dijangka selesai melancarkan jentera masing-masing dalam waktu terdekat.

"Saya meminta kepada semua kawasan Parlimen supaya melancarkan jentera pilihan raya bersama dengan komponen BN agar kebangkitkan gelombang biru ini dapat dirasai," katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Jentera BN Parlimen Kuala Selangor di Dewan UMNO Bahagian Kuala Selangor di sini pada Ahad.

Ditanya mengenai pengagihan kerusi antara komponen BN, Noh memberitahu, perkara itu diserahkan kepada keputusan tertinggi parti.

"(Pengagihan kerusi antara komponen) itu saya tak tahu dan kena tanya 'Top 5', bagaimanapun kita minta mereka membuat persiapan dan saya dapat rasakan semangat amat berkobar-kobar menjelang PRU15," jelasnya.

Ujar Noh, dari segi peratusan yang bersiap siaga menghadapi PRU15, semua bahagian diharap berada pada tahap persediaan 100 peratus.

Artikel Berkaitan: