Kecederaan punca Kedah gagal menyerlah

Aidil Sharin akui beliau tidak mendapat kesebelasan terbaiknya semasa tewas 1-3 kepada Terengganu FC di Stadium Darul Aman pada malam Sabtu. - Foto KDA FC
Aidil Sharin akui beliau tidak mendapat kesebelasan terbaiknya semasa tewas 1-3 kepada Terengganu FC di Stadium Darul Aman pada malam Sabtu. - Foto KDA FC
A
A
A

MASALAH kecederaan dan ketiadaan tonggak utama termasuk beberapa pemain import menjadi punca Kedah Darul Aman (KDA) FC tewas 1-3 kepada Terengganu FC pada aksi akhir Liga Super 2022 pada malam Sabtu.

Mencatatkan lima kekalahan berturut-turut dan terbaru di laman sendiri, Stadium Darul Aman jelas memberikan kekecewaan kepada pengendalinya, Aidil Sharin Sahak yang pada awalnya berazam untuk bangkit, namun gagal menyediakan kesebelasan terbaik.

"Kami menyenaraikan Ronald Ngah Wanja pada awalnya, namun dia tidak dapat beraksi dan ini memaksa kami meletakkan Mahmoud Al-Mardi di posisi serangan sedangkan bukan seorang penyerang utama selepas kehilangan Syafiq Ahmad. Kami sudah tiada pilihan terbaik untuk posisi penyerang.

"Kami juga kehilangan pemain pertahanan import Marc Vales yang cedera sekali gus turut memberikan kesan di bahagian benteng KDA FC," katanya pada sidang akhbar di Stadium Darul Aman pada malam Sabtu.

Jelasnya, ketiadaan pemain-pemain senior tempatan yang berkaliber dalam skuad Kenari pada musim ini terutamanya untuk memimpin ramai pemain muda juga sangat memberikan kesan.

"Kami juga tidak ada pemain senior yang boleh memimpin seperti musim lalu yang memiliki Baddrol Bakhtiar, Rizal Ghazali dan Renan Alves apabila ketinggalan gol kepada lawan, kami masih mampu bangkit dengan keyakinan tetapi tidak pada musim ini kerana semangat juang yang ditunjukkan tidak cukup.

"Namun pada musim ini, Syazwan Zainon sebagai ketua pasukan berusaha sebaik mungkin untuk mengembalikan kekuatan itu," ujar pengendali kelahiran Singapura itu.

Tambahnya, masalah kecederaan yang sering menimpa pemain import KDA FC juga menyaksikan beliau gagal menurunkan kelima-limanya serentak pada aksi Liga Super musim ini.

Artikel Berkaitan: