PJ City, Sri Pahang, Sarawak United cemerlang kutip tiga mata

Pemain PJ City FC, Darren Lok raikan jaringan gol bersama pemain sepasukannya pada perlawanan Liga Super Malaysia 2022 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya hari ini. - Foto Bernama
Pemain PJ City FC, Darren Lok raikan jaringan gol bersama pemain sepasukannya pada perlawanan Liga Super Malaysia 2022 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

PETALING Jaya (PJ) City FC melengkapkan saingan Liga Super musim 2022 dengan meraih tiga mata selepas menewaskan Kuala Lumpur (KL) City FC 1-0 sebentar tadi.

Pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ), anak buah P Maniam menang menerusi gol tunggal Darren Lok pada minit ke-40.

Selain PJ City, Sri Pahang FC (SPFC) juga berjaya mengutip tiga mata penuh pada aksi terakhir Liga Super musim ini selepas berjaya menumbangkan Negeri Sembilan FC 2-0 di laman sendiri.

Pemain tengah, David Rowley menjadi wira buat SPFC apabila menjaringkan dua gol pada minit ke-27 dan 47 sekali gus meranapkan impian skuad Hobin Jang Hobin untuk menamatkan saingan di kelompok tiga terbaik.

Turut ceria bersama PJ City dan Pahang ialah Sarawak United yang berjaya menewaskan Melaka United 1-0 menerusi jaringan tunggal Boris Kok.

Dalam aksi lain, hasrat Selangor FC untuk mengekalkan rekod kemenangan dibawah kendalian Tan Cheng Hoe tidak kesampaian apabila sekadar seri 1-1 menentang Pulau Pinang pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Bandaraya.

Bagaimanapun, persembahan yang dipamerkan Selangor harus diberi pujian selepas bermain dengan 10 pemain apabila tonggak pertahanannya Sharul Nazeem dilayangkan kad merah.

Pada perlawanan tersebut, Penang mendahului selepas Rafael Vitor menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-30 sebelum Mohd Nor Hakim Hasan menyamakan kedudukan selang enam minit kemudian.

Artikel Berkaitan: