KTMB cipta rekod MBOR, lancar tren sewa khas terpanjang

Shahrul Azlan (dua dari kiri) menerima sijil daripada wakil MBOR sambil disaksikan Ketua Jabatan Antarabandar KTMB, Nurul Azha Mokmin (dua dari kanan) dan Ketua Kawalan Operasi KTMB, Afzar Zakariya (kanan).
Shahrul Azlan (dua dari kiri) menerima sijil daripada wakil MBOR sambil disaksikan Ketua Jabatan Antarabandar KTMB, Nurul Azha Mokmin (dua dari kanan) dan Ketua Kawalan Operasi KTMB, Afzar Zakariya (kanan).
A
A
A

SHAH ALAM - Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) melakar nama dalam Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi perjalanan khas membawa 22 koc dari Kuala Lumpur ke Perak.

KTMB memaklumkan, tren sewa khas sempena program Great Eastern Takaful Berhad (GETB) National Final Sprint 2022 itu merupakan yang terpanjang dengan anggaran 500 meter dan membawa 700 penumpang.

“Tren terpanjang ini menyediakan sebuah koc salon eksklusif, koc tempat tidur (tiga), koc tempat duduk premier kelas pertama (dua), koc tempat duduk superior kelas kedua (sembilan), koc basikal (satu), koc buffet (dua), koc chillax (satu), koc event (satu) dan sebuah lokomotif bersama dua gerabak ‘power generated car’.

“KTMB turut menawarkan koc persidangan untuk memenuhi citarasa agensi-agensi korporat yang mahu adakan bermesyuarat atau bersidang di atas tren,” menurut kenyataan pada Sabtu.

Koc tempat duduk premier kelas pertama.
Koc tempat duduk premier kelas pertama.

Acara perlepasan tren sewa khas terpanjang laluan Stesen Kuala Lumpur ke Stesen Taiping itu disempurnakan Ketua Pegawai Korporat KTMB, Suhaimi Yaacob dan Ketua Pegawai Eksekutif GETB, Shahrul Azlan Shahriman.

Dalam pada itu KTMB turut memaklumkan, kesemua koc terlibat mempunyai fasiliti berbeza dan boleh disediakan mengikut permintaan serta citarasa pelanggan.

Koc basikal.
Koc basikal.



Artikel Berkaitan:

Koc event.
Koc event.

“Tren sewa khas KTMB mula diperkenalkan pada tahun ini dengan menawarkan koc-koc unik mengikut cita rasa pengguna.

"Harga sewaan tren berkenaan bergantung kepada jenis koc yang diperlukan serta laluan dan jarak perjalanan pelanggan," jelasnya.