Hasrat Harrif naik podium masih 'tertunda'

Mohd Harrif selepas menamatkan pelumbaan ke garisan penamat sempena perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) Malaysia 2022 peringkat keempat sejauh 137.9 kilometer dari Sabak Bernam, Selangor ke Meru Raya, Perak pada Jumaat. - Bernama
Mohd Harrif selepas menamatkan pelumbaan ke garisan penamat sempena perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) Malaysia 2022 peringkat keempat sejauh 137.9 kilometer dari Sabak Bernam, Selangor ke Meru Raya, Perak pada Jumaat. - Bernama
A
A
A

HASRAT pelumba Terengganu Polygon Cycling Team (TSG), Mohd Harrif Saleh untuk menaiki podium Le Tour de Langkawi (LTdL) 2022 masih lagi ‘tertunda’ apabila hampir terlibat dalam kemalangan ketika menuju garisan penamat Peringkat Keempat dari Sabak Bernam ke Meru Jaya, pada Jumaat.

Mohd Harrif yang tidak berhasil meraih kedudukan terbaik pada tiga peringkat sebelum ini, cuba membuktikan keupayaannya selaku ‘arkitek pecut’ TSG pada satu kilometer (km) ke garisan penamat sebelum kemalangan membabitkan sekumpulan besar peloton.

Kejadian yang berlaku di depan mata pelumba berusia 34 tahun itu sekali gus merencatkan usahanya untuk memecut ke garisan penamat apabila terperangkap dalam kumpulan berkenaan.

Pada 1km terakhir itu saya hampir terjatuh, kelajuan ketika itu memang sudah laju dan posisi saya juga sudah cukup bagus. Dalam 10 terbaik, saya rasa agak bernasib baik tidak terjatuh dalam kemalangan itu tetapi kelajuan saya pula sudah menurun.

"Memang saya kalau boleh nak naik podium, sebab saya rasa kami boleh buat, hari ini saya dah rasa okey, cuma nasib tiada rezeki," katanya.

Bagaimanapun, Mohd Harrif kekal optimis mampu meraih keputusan yang baik pada baki empat peringkat saingan LTdL 2022.

Pada perlumbaan pada Jumaat, pasukan TSG boleh mengukir senyuman apabila Jambaljamts Sainbayar dari Mongolia berjaya merapatkan jurang 0.01 saat dalam perebutan Jersi Putih (Terbaik Asia) apabila menawan tiga zon pecutan di Hutan Melintang, Kampung Gajah dan Tanjung Tualang.

Muhammad Nur Aiman Mohd Zariff pula mengekalkan Jersi Merah (Raja Bukit). - Bernama

Artikel Berkaitan: