Empat lelaki mabuk dipercayai bergaduh diberkas

Polis menahan empat lelaki dipercayai terlibat dalam pergaduhan di kawasan parkir kereta di Jalan Seri Merdeka 1, Taman Seri Merdeka di Ampang pada Khamis.
Polis menahan empat lelaki dipercayai terlibat dalam pergaduhan di kawasan parkir kereta di Jalan Seri Merdeka 1, Taman Seri Merdeka di Ampang pada Khamis.
A
A
A

AMPANG - Gara-gara mabuk, empat lelaki diberkas dipercayai terlibat dalam pergaduhan di kawasan parkir kereta di Jalan Seri Merdeka 1, Taman Seri Merdeka di sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kesemua suspek berumur 26 hingga 54 tahun itu diberkas menerusi serbuan berasingan sekitar lokasi kejadian.

"Siasatan mendapati ketika kejadian empat suspek dalam keadaan mabuk, salah seorang suspek telah menyuruh suspek lain untuk tidak membuat bising lalu berlaku pertengkaran mulut sehingga berlaku pergaduhan.

"Kejadian bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kecederaan," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Katanya, kesemua suspek diberkas mempunyai pelbagai rekod kesalahan jenayah.

"Turut dirampas ketika tangkapan dijalankan adalah satu glue gun yang digunakan salah seorang suspek semasa pergaduhan yang dikatakan seperti pistol, selain itu rampasan melibatkan sebuah helmet dan sebuah motosikal.

"Kesemua suspek kini direman tiga hari untuk siasatan lanjut," katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

Artikel Berkaitan: