[VIDEO] PRU15: PH lancar manifesto Khamis depan

Datuk Seri Anwar Ibrahim. - Foto Bernama
Datuk Seri Anwar Ibrahim. - Foto Bernama
A
A
A

PETALING JAYA - Pakatan Harapan (PH) dijangka melancarkan manifestonya sempena Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada Khamis depan.

Pengerusinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pelancaran itu adalah sempena Konvensyen PH di Pusat Konvensyen Antarabangsa Ipoh, Perak yang diawalkan daripada jadual asal pada 29 Oktober.

"... kita tidak mahu (manifesto) yang panjang, (sebaliknya) kita akan cuba sedaya upaya sebaik mungkin. Tetapi teras manifesto mesti (berkaitan) kos sara hidup, pendidikan, kemudahan kesihatan, peluang pekerjaan serta menghapuskan rasuah,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini pada Khamis.

Presiden Parti Keadilan Rakyat itu tidak menolak kemungkinan bekerjasama dengan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi menghadapi PRU15.

Beliau berkata, pintu untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak sentiasa terbuka namun ia harus berlandaskan prinsip tertentu dan bukan hanya untuk melawan UMNO serta BN selain PH turut bersetuju mengadakan pakatan pilihan raya dengan MUDA dan Parti Sosialis Malaysia.

Anwar turut mengumumkan penyertaan dua ahli baharu PKR iaitu bekas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi yang juga pengasas Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu,) Datuk Dr Rais Hussin Mohamed Ariff.

Pada 7 Oktober lepas, Rais Hussin mengumumkan keluar daripada Bersatu selepas menghantar surat rasmi mengenai perkara itu sehari sebelumnya. - Bernama

Artikel Berkaitan: