Annuar sedia pertahan Parlimen Ketereh

Annuar beramah mesra dengan pelajar semasa menyampaikan peranti siswa di SMK Melor di Kota Bharu pada Khamis.
Annuar beramah mesra dengan pelajar semasa menyampaikan peranti siswa di SMK Melor di Kota Bharu pada Khamis.
A
A
A

KOTA BHARU - Ketua UMNO Ketereh, Tan Sri Annuar Musa sedia mempertahankan kerusi Parlimen kawasan itu sekiranya diberi mandat oleh parti untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

Beliau yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia bagaimanapun menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti untuk membuat keputusan sama ada kekal atau sebaliknya.

"Sebagai orang parti, kalau pucuk pimpinan yakin mampu memberi kemenangan dan suruh bertanding maka saya akan berbuat demikian," katanya semasa sidang akhbar di Melor di sini, pada Khamis.

Sebelum itu, beliau menyampaikan peranti siswa di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Melor.

Menurut Annuar, bahagian Ketereh sudah menyerahkan senarai cadangan nama calon untuk bertanding di Parlimen tersebut dan ia akan diputuskan pucuk pimpinan tertinggi parti.

Bagi UMNO dan BN, kita ada kaedah-kaedah yang tertulis dalam perlembagaan parti.

"Satu daripadanya ialah bahagian dikehendaki mengemukakan cadangan -cadangan calon untuk dipilih," katanya.

Pada PRU14 lalu, Annuar menang dengan majoriti 4,626 undi menewaskan calon Pas dan Pakatan Harapan.

Artikel Berkaitan: