Mayat hampir reput sah wanita mati dibunuh

Sinar Harian melaporkan polis menemui mayat dipercayai wanita ketika menyiasat kemalangan membabitkan sebuah kereta terbabas di lokasi kejadian. (Gambar dalam : Mohd Yusri)
Sinar Harian melaporkan polis menemui mayat dipercayai wanita ketika menyiasat kemalangan membabitkan sebuah kereta terbabas di lokasi kejadian. (Gambar dalam : Mohd Yusri)
A
A
A

IPOH - Polis mengesahkan mayat wanita yang ditemukan hampir reput dalam semak di persimpangan lampu isyarat di Jalan Tambun, di sini pada pagi Rabu dipercayai mati dibunuh.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata, hasil bedah siasat menunjukkan punca kematian mangsa adalah akibat dicekik.

"Identiti mangsa dipercayai wanita berusia 23 tahun berdasarkan lambang tatu di lengan dan jari tangan mangsa.

"Turut ditemukan sebuah telefon bimbit yang disahkan milik mangsa," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Menurutnya, kes diklasifikasikan sebagai bunuh dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"Polis sedang menjalankan siasatan lanjut dari pelbagai sudut.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian ini boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan Chua Sze Yuan di talian 012-6195312 bagi membantu siasatan," katanya.

Media melaporkan polis menemui mayat dipercayai wanita ketika menyiasat kemalangan membabitkan sebuah kereta terbabas di lokasi kejadian.

Artikel Berkaitan:

Polis yang menjalankan siasatan terhidu bau busuk dan menemui mayat berkenaan sebelum melaporkannya di Balai Polis Tambun berhampiran.