14 negara terpilih anggotai Majlis Hak Asasi Manusia PBB

PBB pada Selasa memilih 14 negara menganggotai Majlis Hak Asasi Manusia bagi penggal tiga tahun yang bermula pada 1 Januari 2023. - Foto Bernama
PBB pada Selasa memilih 14 negara menganggotai Majlis Hak Asasi Manusia bagi penggal tiga tahun yang bermula pada 1 Januari 2023. - Foto Bernama
A
A
A

NEW YORK - Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Selasa memilih 14 negara menganggotai Majlis Hak Asasi Manusia bagi penggal tiga tahun yang bermula pada 1 Januari 2023.

Melalui sesi undian sulit, Algeria, Maghribi, Afrika Selatan, Sudan (untuk Afrika); Bangladesh, Kyrgyzstan, Maldives, Vietnam (untuk Asia-Pasifik); Georgia, Romania (untuk Eropah Timur); Chile, Costa Rica (untuk Amerika Latin dan Caribbean); Belgium, Jerman (untuk Eropah Barat dan negeri lain) dipilih menganggotai Majlis itu, lapor Xinhua.

Sudan dan Jerman telah dipilih untuk penggal kedua berturut-turut.

Majlis Hak Asasi Manusia PBB yang berpangkalan di Geneva adalah badan antara kerajaan yang bertanggungjawab mempromosikan dan melindungi hak asasi manusia di seluruh dunia. - Bernama

Artikel Berkaitan: