SUPANUN 2022 janjikan saingan lebih kompetitif

IMBAS KEMBALI…pasukan pentanque lelaki dan wanita UiTM mengungguli acara petanque pada SUPANUN 2018. - Gambar kecil: Mustaza Mohamad
IMBAS KEMBALI…pasukan pentanque lelaki dan wanita UiTM mengungguli acara petanque pada SUPANUN 2018. - Gambar kecil: Mustaza Mohamad
A
A
A

KARNIVAL Sukan Pantai Badan Berkanun Malaysia (SUPANUN) 2022 menjanjikan cabaran lebih sengit kepada setiap kontinjen selepas kali terakhir dianjurkan 2018.

Itu jaminan Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Badan Berkanun Malaysia (PBBM), Mustaza Mohamad selepas mengesahkan sebanyak 31 agensi menyahut cabaran pada edisi keempat kali ini.

Jelasnya, lebih 700 atlet dan pegawai serta sukarelawan akan berkampung di Pantai Batu Lima, Port Dickson, bermula 13 hingga 16 Oktober.

“Antara agensi yang mengambil bahagian ialah MBSA, UiTM, LHDN, MPOB, MPK, Perkeso, SSM, Mada, DBKL, ISN, UM, USIM, KWSP, UiAM, UPM dan lain-lain agensi.

“Tujuh acara dipertandingkan, bola sepak pantai (lelaki), bola jaring pantai (wanita), tarik tali pantai (lelaki dan wanita), sepak takraw pantai senior (lelaki), sepak takraw pantai veteran (lelaki), bola tampar pantai 4’s (lelaki dan wanita) dan petanque beregu pantai (lelaki dan wanita).

“SUPANUN merupakan acara sukan dwi tahunan PBBM, edisi pertama mula diperkenalkan pada 2014 di Pantai Port Dickson, 2016 di Pantai Klebang, Melaka.

“Kali terakhir diadakan pada 2018 di Pantai Cenang, Langkawi, namun ditangguhkan pada 2020 akibat wabak Covid-19 melanda negara,” katanya.

Untuk rekod, edisi kali ini merupakan anjuran PBBM dengan kerjasama, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Institut Sukan Negara (ISN) dan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD).

Artikel Berkaitan:

Majlis perasmian penutup dan penyampaian hadiah dijangka disempurnakan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) merangkap Bendahari PBBM, Datuk Dr Mohd Nizom Sairi di Pantai Batu 5, Port Dickson, pada 16 Oktober.