Pukul anggota Rela sampai mati, seorang lagi individu diberkas

No Image Caption
A
A
A

PETALING JAYA - [DIKEMAS KINI] Seorang lagi individu diberkas berhubung kejadian seorang anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dipukul sehingga maut dalam kejadian di sebuah flat di Damansara di sini pada 8 September lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, suspek yang merupakan lelaki warga tempatan berumur 24 tahun itu diberkas kira-kira jam 10.30 malam pada Isnin.

"Suspek ditahan dalam serbuan yang dijalankan di sekitar kawasan Penchala.

"Suspek yang didapati positif dadah jenis methapatamine itu direman tujuh hari untuk siasatan," katanya kepada media pada Selasa.

Ahad lalu, polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 26 tahun di sekitar Kota Damansara berhubung kes berkenaan.

Susulan tangkapan itu, polis turut merampas baju-T warna hitam, sehelai seluar jean pendek warna kelabu, seutas tali pinggang dan sepasang kasut dipercayai dipakai suspek semasa kejadian.

Dalam kejadian Sabtu lalu, seorang lelaki yang juga merupakan anggora Rela maut selepas dikejar dan dipukul dua beradik dipercayai mabuk di hadapan rumah mangsa di sebuah flat di Damansara.

Artikel Berkaitan: