JKNS keluar 565 notis berkaitan rokok

Penguatkuasa daripada pelbagai agensi melakukan Ops PPKHT 2004 di 573 premis seluruh Selangor.
Penguatkuasa daripada pelbagai agensi melakukan Ops PPKHT 2004 di 573 premis seluruh Selangor.
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) mengeluarkan 565 notis di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 (PPKHT 2004) pada Isnin.

JKNS menerusi satu hantaran di Facebook memaklumkan, seramai 218 anggota penguatkuasa daripada pelbagai jabatan dan agensi melaksanakan operasi Ops PPKHT 2004 di 16 kawasan 'hotspot' seluruh Selangor

Menurut kenyataan itu, pihak penguatkuasa turut melawat sebanyak 573 premis dalam operasi yang dijalankan bermula jam 5 petang hingga 12 tengah malam.

"Sebanyak 382 notis dikeluarkan bagi kesalahan merokok di tempat awam, diikuti dengan 77 notis merokok di kawasan lapangan terbang.

"Ia diikuti dengan sejumlah 28 notis kerana merokok di kompleks beli-belah dan 22 notis kegagalan memastikan tiada sesiapa merokok di dalam premis.

"Ops PPKHT 2004 akan diteruskan lagi dari semasa ke semasa," kata kenyataan tersebut pada Selasa.

Artikel Berkaitan: