Perang Rusia-Ukraine tindakan bodoh: Tun M

Dr Mahathir (duduk, tengah) bercakap ketika sidang media GTA mengenai Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) hari ini. - Foto Bernama
Dr Mahathir (duduk, tengah) bercakap ketika sidang media GTA mengenai Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat perang antara Rusia dan Ukraine tidak sepatutnya berlaku.

Menurutnya, keputusan kedua-dua negara untuk berperang merupakan suatu tindakan yang bodoh.

"Saya fikir saya akan tanya Putin kerana beliau lebih tahu mengenai itu (perang)," katanya menerusi sidang akhbar di pejabatnya dekat sini pada Selasa.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai situasi perang kedua-dua negara itu yang kian meruncing.

Sabtu lalu, tiga maut akibat letupan bom yang memusnahkan jalan raya dan jajaran rel menghubungkan Rusia dan Semenanjung Crimea.

Presiden Rusia, Vladimir Putin mengarahkan pencerobohan operasi ketenteraan ke atas Ukraine pada 24 Februari lalu.

Artikel Berkaitan: