'Terima kasih Datuk Seri' - Onn Hafiz

Onn Hafiz bersama Ahmad Zahid. - Foto Facebook Onn Hafiz
Onn Hafiz bersama Ahmad Zahid. - Foto Facebook Onn Hafiz
A
A
A

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi akan melaksanakan tugasnya selaku Pengarah Operasi BN Johor dengan sebaik mungkin pada PRU15 kelak.

Menurut Onn Hafiz, beliau juga akan berusaha untuk membantu Pengerusi dan Pengarah PRU BN Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad bagi memastikan kemenangan.

“Terima kasih atas kepercayaan daripada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang telah melantik saya sebagai Pengarah Operasi BN Johor bagi PRU15.

“Insya-Allah, saya akan berusaha sebaik mungkin membantu Pengerusi dan Pengarah PRU BN Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad pada PRU kali ini.

“Semoga kemenangan berada di pihak kita,” katanya di laman Facebook pada Selasa.

Sementara itu Onn Hafiz berkata, beliau juga telah menghadiri Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO.

Katanya, mesyuarat berkenaan ternyata lebih banyak tertumpu kepada gerak kerja PRU15 nanti.

“Insya-Allah, UMNO dan BN akan sentiasa bersedia dan fokus untuk berkhidmat untuk rakyat.

Artikel Berkaitan:

“Malah, Presiden UMNO juga telah berjumpa dengan ADUN-ADUN BN Johor minggu lalu untuk terus merangka strategi terbaik bagi menjamin kemenangan,” katanya.