Anggota tentera Britain tunjuk kemahiran guna sut terbang

Dua anggota tentera Britain menunjukkan kemahiran menggunakan sut terbang di Pelabuhan New York baru-baru ini. -Foto Gravity Industries
Dua anggota tentera Britain menunjukkan kemahiran menggunakan sut terbang di Pelabuhan New York baru-baru ini. -Foto Gravity Industries
A
A
A

NEW YORK - Beberapa anggota tentera Laut Diraja Britain menunjukkan kemahiran mereka menggunakan sut terbang di Pelabuhan New York baru-baru ini.

Mereka menggunakan sut tersebut untuk terbang dari pelabuhan ke kapal perang Queen Elizabeth.

Penerbangan itu menggunakan teknologi inovatif dari firma Gravity Industries.

Ia menggunakan enjin dengan kuasa lebih daripada 1,000 bhp.

Pertunjukan itu adalah sebahagian daripada Forum Masa Depan Atlantik (AFF).

Ia merupakan persidangan pertahanan yang memfokuskan pada hubungan ketenteraan, politik dan strategik Anglo-Amerika yang diadakan di kapal perang British. - Agensi

Artikel Berkaitan: