PN Perak selesaikan pembahagian 19 kerusi DUN

Razman (tiga dari kanan) menyampaikan sumbangan kepada salah seorang pelajar yang akan menyambung pengajian di Institut Pengajian Tinggi Awam padaprogram Konvoi Belia Imarah Masjid 2022 di Bagan Serai pada Isnin.
Razman (tiga dari kanan) menyampaikan sumbangan kepada salah seorang pelajar yang akan menyambung pengajian di Institut Pengajian Tinggi Awam padaprogram Konvoi Belia Imarah Masjid 2022 di Bagan Serai pada Isnin.
A
A
A

BAGAN SERAI - Perikatan Nasional (PN) Perak akan menamatkan rundingan berhubung pembahagian baki 19 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam masa terdekat.

Timbalan Pengerusi PN Perak, Razman Zakaria berkata, rundingan itu melibatkan ahli bersekutu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) dan Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) membabitkan kawasan majoriti pengundi bukan Melayu.

Menurutnya, daripada keseluruhan 59 kerusi DUN Perak, 40 kerusi telah selesai dibahagikan antara Pas dan Bersatu.

Razman
Razman

"Baki 19 kerusi itu hampir selesai dan ada yang telah dimaklumkan. Perkara ini diserahkan kepada ketiga-tiga pihak itu dan ia tidak mengambil tempoh masa yang lama, sekiranya ada calon di DUN Pokok Assam, Astaka, Canning contohnya kita teruskan. UMNO pun tidak mahu kerusi itu.

"Cadangan (calon) ini bagaimanapun akan kita angkat ke peringkat pusat dan pusat lah yang akan menentukan sebelum membuat pengisytiharan," katanya kepada pemberita pada program Konvoi Belia Imarah Masjid 2022 di Dewan Dato Zainal Abidin Zin di sini pada Isnin.

Razman yang juga Pesuruhjaya Pas Perak memaklumkan 20 kerusi itu merupakan kawasan pernah bertanding pada pilihan raya lalu.

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan kawasan yang ditandingi parti itu.

Artikel Berkaitan:

"Kebanyakan kerusi itu biasa bertanding cuma ketika kita daripada Pakatan Rakyat, kita bertanding 21 kerusi jadi kali ini tiada kerusi baharu.

"Berkaitan satu calon satu kerusi atau lebih, itu kita serahkan kepada pucuk pimpinan. Sekarang ini kita berusaha untuk mendapatkan sebanyak mungkin (menang) DUN dan Parlimen yang bertanding," katanya.

Media melaporkan Pas Perak dan Bersatu masing-masing akan bertanding di 20 kerusi DUN pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di bawah logo PN.