Wai Ching tawan empat menara berturut-turut di AS

Soh Wai Ching
Soh Wai Ching
A
A
A

JAGUH larian menara negara, Soh Wai Ching meraih kemenangan keempat berturut-turut di Amerika Syarikat (AS) selepas menjuarai Tunnel to Towers Climb Tampa Florida, pada Sabtu.

Atlet berusia 28 tahun itu melakukan catatan 3 minit 47 saat untuk mengatasi rekod Troy Alston dari AS 4:12s melengkapkan larian 39 tingkat dengan 861 anak tangga (dengan ketinggian 142 meter).

Wai Ching melahirkan kegembiraan kerana mencapai matlamat untuk memenangi perlumbaan terakhirnya dengan cemerlang.

"Sangat gembira memenangi semua perlumbaan. Saya ingin berterima kasih kepada penaja kerana menyokong saya untuk empat perlumbaan dalam masa sembilan hari! Ia adalah perjalanan yang sangat sukar," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Pada 30 September lalu Wai Ching menjuarai Larian Menara US Bank di Los Angeles, diikuti Pertandingan Mendaki Anak Tangga Space Needle, Seattle pada 2 Oktober dan mempertahankan kejuaraan pada kejohanan Empire State Building Run-Up (ESBRU) di New York, Khamis lalu. - Bernama

Artikel Berkaitan: