Pembahagian kerusi MCA dibincang secara matang, rasional

Ka Siong (tujuh dari kiri) pada Mesyuarat Agung Tahunan MCA Negeri Sembilan pada Ahad.
Ka Siong (tujuh dari kiri) pada Mesyuarat Agung Tahunan MCA Negeri Sembilan pada Ahad.
A
A
A

SEREMBAN - Soal pembahagian kerusi yang akan ditandingi MCA pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini akan dibincangkan secara matang dan rasional dalam Barisan Nasional (BN).

Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, perkara tersebut pasti dapat diselesaikan dalam semangat musyawarah BN yang telah dipraktikkan sekian lama sejak gabungan itu dikenali sebagai Perikatan.

Malah katanya, falsafah yang diterap oleh Perikatan dan kemudiannya BN telah melalui proses yang panjang dan terbukti gabungan itu sebagai parti yang dimiliki rakyat pelbagai kaum.

"Usah bimbang, kita sudah biasa berdepan dengan PRU. Sudah acap kali berdepan dengan pembahagian kerusi dan kita sebenarnya dalam satu keadaan harmonis, jadi kita akan bincang dan melihat secara saintifik.

"Dalam apa jua perbincangan, kita tidak mahu jadi seperti 'menang sorak kampung tergadai'. Kita kena berwaspada dengan apa yang sebut di sini kerana akhirnya ia akan mengundang reaksi daripada pihak yang satu lagi," katanya dalam sidang akhbar selepas Mesyuarat Agung Tahunan MCA Negeri Sembilan di sini pada Ahad.

Sementara itu, dalam perkembangan berlainan, mengenai kerusi di Parlimen Seremban dan Rasah, Ka Siong berkata, beliau tidak mahu membuat sebarang spekulasi tetapi parti itu akan bekerja kuat kerana senario politik berbeza dengan 2018.

"Sudah tentunya dahulu mereka tak dapat melihat bagaimana Pakatan Harapan (PH) itu diberi mandat untuk memerintah negara dan lihatlah sahaja 22 bulan bagaimana menjadikan satu negara huru hara.

"...dan apabila mereka menjanjikan langit dan bintang akhirnya kesemuanya, kesudahannya menyedihkan tidak dapat menunaikan janji sepertimana yang pernah ditaburkan oleh mereka. Jadi saya rasa rakyat boleh menilai," katanya.

Artikel Berkaitan: