Pelajar laung azan ketika ribut, petir

Paparan video seorang pelajar laungkan azan namun secara tiba-tiba petir menyambar mengakibatkan bekalan elektrik terputus. - Facebook Muhammad Izat Amir
Paparan video seorang pelajar laungkan azan namun secara tiba-tiba petir menyambar mengakibatkan bekalan elektrik terputus. - Facebook Muhammad Izat Amir
A
A
A

KAJANG - Hujan lebat dan ribut petir petang semalam mengemparkan penduduk sekitar Bangi serta Kajang apabila banyak kerosakkan berlaku angkara bencana itu.

Susulan kejadian itu, ramai netizen berkongsi gambar dan video di media sosial.

Menerusi satu rakaman di Facebook Muhammad Izat Amir, seorang pelajar Kolej Vokasional Kajang dilihat melaungkan azan ketika ribut melanda di kolej berkenaan.

No Image Caption

Walaupun dalam keadaan cemas, angin kencang dan bekalan elektrik terputus akibat petir, pelajar itu tidak berganjak malah terus melaungkan azan dalam keadaan gelap di asramanya.

Rakaman berdurasi seminit 26 saat itu memaparkan suasana panik dalam kalangan pelajar apabila banyak peralatan asrama rosak.

Video yang tular sejak semalam, kini meraih lebih 20,000 tontonan dari netizen.

Netizen, Sakura Love, berkata, "Kagum dengan budak yang azan, bagus mak ayah dia mendidik".

Artikel Berkaitan:

Bagi Nurul Izzati, dia berasa sebak kerana pelajar itu tidak berganjak walaupun dia berisiko dipanah petir.

No Image Caption

"Rasa sebak bila tengok adik ini tenang sahaja melaungkan azan dalam keadaan macam itu".

Sementara itu, Haslina Ali, turut berkongsi pengalamannya ketika ribut itu melanda di Bangi.

"Masa ribut semalam, kami sekeluarga pun terperangkap di Seksyen 8 Bangi. Syukur Alhamdulillah kami semua selamat.

"Pokok-pokok besar tumbang kat depan mata, Alhamdulillah kami dapat patah balik ke belakang, masuk balik kat kawasan rmuah kedai. Ada dua kereta kena hempap papan tanda kedai.

"Ngeri sangat masa tengok kejadian itu, Alhamdulillah ALLAH lindungi kami," katanya.