Semak latar belakang individu dakwa keturunan Nabi Muhammad

Laporan yang dikeluarkan oleh Jakim berkaitan dengan lelaki berkenaan.
Laporan yang dikeluarkan oleh Jakim berkaitan dengan lelaki berkenaan.
A
A
A

KOTA BHARU - [DIKEMAS KINI] Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheaik) menegaskan semua pihak perlu menyemak terlebih dahulu kesahihan latar belakang individu yang mendakwa mereka dari keturunan junjungan besar Nabi Muhammad SAW sebelum menganjurkan satu-satu program.

Pengarah Jaheaik, Datuk Che Mohd Rahim Jusoh berkata, langkah itu bagi mengelakkan timbulnya sebarang masalah yang boleh memberikan kesan tidak baik kepada umat Islam di negara ini.

"Hasil semakan yang dilakukan dengan pihak berautoriti termasuk dari Marocco mendapati wujudnya keraguan terhadap latar belakang lelaki yang mendakwa dia sebagai keturunan junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Che Mohd Rahim Jusoh
Che Mohd Rahim Jusoh

"Kami menasihatkan pihak berkaitan supaya mendapatkan pengesahan pihak berwajib terlebih dahulu bagi mengelakkan sebarang masalah," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.

Sebelum ini tular di media sosial mengenai pembatalan satu program yang menampilkan lelaki yang mendakwa sebagai keturunan junjungan besar Nabi Muhammad SAW dalam satu majlis maulid di beberapa buah negeri.

Antara negeri yang telah membatalkan majlis tersebut ialah Kedah, Terengganu, Melaka dan Kelantan.

Artikel Berkaitan: